Saturday, January 23, 2010

Ismet dah baca buku


I'm Reading!!

Dengan penuh perhatian Ismet membelek buku cerita..

Tuesday, January 19, 2010

Blog untuk rujukan para Ibu



Klu nak tips & panduan berguna untuk para ibu, korang boleh la lawat and klu sudi boleh lah follow ->
http://panduansusuibu.blogspot.com

ceh!! actually tu la blog baru mamaismeth.. walaupon mamaismeth ni bukan fasih sgt dlm dunia bloging ni, tapi demi baby mamaismeth dan baby2 yg lain, mamaismeth redah jer utk create satu blog khas untuk rujukan mamaismeth and para ibu2 yg lain..
article yg mamaismeth rasa berguna, tak kira dr mana mamaismeth dapat, mamaismeth akan abadikan dlm blog tu sebagai rujukan mamaismeth di masa akan datang..
so untuk para ibu2 sudi2 kan la follow blog mamaismeth tu yer..

Tq..

Monday, January 18, 2010

Ismeth dah 4 bulan




Syukur ahamdulilah.. hari nie Ismeth dah genap 4 bulan ! hari.. tak terasa dah besar pulak Ismeth.. Syukur sekali lagi kerana aku berjaya membesarkan Ismeth tanpa papa Ismeth di sisi..
tadi ptg aku bwk Ismeth pg klinik ibu & anak utk cek bulanan, berat ismeth dah 6.6kg, carta BMI nya pun dah meningkat, tak seperti bulan lepas, tiba2 jer turun menjunam.. mudah mudahan bulan depan dan hari2 seterusnya Ismeth membesar tanpa sebarang masalah & sihat wal afiat hendaknya.. amin..

Friday, January 15, 2010

TIP BERGUNA UTK PARA IBU & BAPA


1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

sweetstory.yuitsumuni.com/

Tuesday, January 5, 2010

Mama.. Di mana Mama??


Fuh.. rasanya memang lama mama x update blog utk ismeth ni.. semenjak dah abis pantang ni mama makin hari makin buzy.. buzy dgn pelbagai perkara.. x henti2 kesibukan melanda mama.. sebelum mama buzy mama memang selalu surf,cari anything about baby,penjagaan dia,perkembangan or anything la pasal baby,tp satu hari tu surf punya surf mama terbaca satu article from irfan-amir.blogspot.com (dia pun ambik article tu dr susuibu.com), actually mula2 mama baca article tu mama rasa tersentuh.. automaticly ingat dengan ismeth..and then sekarang bila mama keluar tinggalkan ismeth dgn grand ma di rmh, automatically mesti mama teringat dgn article tu.. and rasa cepat2 nak pulang rumah tengok ismeth..



so kat sini mama nak kongsi article tu dgn para ibu2 & kwn2..jom baca!

"Hari ini, usia saya baru 6 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting mama.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu mama..tapi mama di mana? Terdengar suara nenek memujuk, "Minumlah baby, nanti baby lapar". Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa saya kena minum susu dengan benda tu tak sedaplah. Huaaaa!!! Saya menangis sekuat hati. Tak lama selepas tu, terdengar suara mama semakin berdekatan. "Oklah sayang mama. Cukuplah latihan setakat ini. Besok kita cuba lagi", kata mama lalu saya diupah dengan apa yang dicita..Yummie!! Sedapnya, susu mama yang asli!!

Besok pagi, sekali lagi nenek pegang saya. Tapi kali ini saya dah lapar. Emm!! Macamana nak buat ni? Mama tak ambil saya pun! Oo oo! Mulut saya disumbat lagi dengan benda asing tu. Saya cuba jilat. Ehh! Ada susu mamalah kat benda ni. Macamana nak minum banyak lagi ye.. Hisap jelah, macam hisap puting mama. Tapi bende nie keras sikitlah. Isy! Tak maulah minum dengan bende keras nie. Huaaaa!!Mama nak mama!!Hehe!!Taktik menjadi, mama datang juga akhirnya. "Kenapa sayang? Puting ni tak sedap ye? Oklah, besok mama cari puting yang lembut sikit ye", kata mama dan saya pun mendapat upah yang asli.

Keesokannya, pagi-pagi lagi nenek dah mula bermain dengan saya. Seronok juga main dengan nenek ni. Tak lama selepas tu, perut saya pun lapar. Oh tidak! Mama tak ada lagi! Mesti kena sumbat dengan benda asing tu lagi. Dah agak dah! Emm tapi kali ni lembut sikit. Oklah jugak, dapatlah juga saya menahan lapar dan dahaga dengan benda ni. Rupa-rupanya saya diberikan susu mama juga tapi nenek berikan dalam botol. Lama-lama susu dalam botol pun habis. Wah! Bukan main seronok lagi nenek. Cepat-cepat mama datang kepada saya. Nampak mama tersenyum. Saya senyum kembali kepada mama. Mama hadiahkan saya ciuman di pipi dan di dahi. Emm! Seronoknya! Mama nak lagi!

Hari keempat, saya sudah boleh minum susu mama dengan botol waktu pagi. Tapi nampaknya kali ini, nenek aja yang peluk dan bermain dengan saya. Mana mama ni? Lepas beberapa lama, perut saya pun dah lapar semula. Sekali lagi nenek suapkan saya dengan botol. Eh! Ini dah dua kali ni. Tak pelah, minum jelah! Dah tengahari barulah mama ada. Mama pergi manalah agaknya. Rindunya saya!

Selepas tu setiap hari, sedikit demi sedikit waktu saya menyusu dengan mama dah digantikan dengan botol. Tapi saya dah tak kisah, asalkan yang saya dapat minum tu, susu mama. Rasanya pun tak berapa berbeza. Cuma yang herannya macamana susu mama boleh ada di dalam botol.

Satu hari, nampak mama awal-awal pagi lagi dah bersiap cantik. Seronoknya mama nak bawa saya pergi jalan ke? Mama ambik saya dan bagi saya minum susu mama. Sambil saya minum, saya ternampak satu benda pelik. Eh! Apa yang mama buat tu? Nampak macam botol susu yang saya minum semalam. Tapi kenapa ada benda yang melekat dekat puting mama sebelah lagi tu. Ooo rupa-rupanya macam tulah mama masukkan susu mama dalam botol. Mama tengah perah susulah tu. Sayapun buat tak kisah je. Yang penting saya dapat minum dengan mama.

Bila saya dah kenyang, burrpp! Mama pun lepaskan puting mama dari saya. Ahh..sedapnya! Harap-harap hari ni tak payah minum dari puting plastik tu lagi. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Tak lama selepas tu. Nampak mama masuk dalam kereta. Tapi tak bawa saya sekali pun. Alamak! Mama nak pergi mana tu? Eh! Papa pun ada sekali! Selalunya, papa aja yang pergi dengan kereta pagi-pagi ni. Terdengar nenek bersuara, "Ok babai mama! Pergi kerja balik cepat ye!". Aaaa! Pergi kerja? Mamapun kena pergi kerja ke?

Nampaknya hari ini, terpaksalah saya minum lagi dengan puting plastik tu. Sehari suntuk saya duduk dengan nenek di rumah. Neneklah yang jaga saya, basuh berak saya, mandikan saya dan juga suapkan saya dengan puting plastik tu bila saya lapar. Bila dah lewat petang, barulah nampak mama. Yea! Mama dah balik! Mama pun terus menerpa dekat saya, dan peluk cium saya. Saya nampak mama bawa satu beg hitam. Apa dalam tu mama? Ooo rupa-rupanya dalam tu ada susu mama yang dah diperah masa mama di tempat kerja tapi. Wow! banyaknya! Ada 5 botol! Saya nampak mama simpan semua botol tu dalam peti ais.

Saya dah tak kisah lagi pasal semua tu. Yang penting sekarang ni, saya nak upah susu. Mama cepatlah! Bila mama beri je puting mama, saya pun terus menangkap dan aaahh, alangkah nikmatnya dapat susu mama!"


susuibu.com

Friday, January 1, 2010

Ismet dah berjaya!




Sejak mencecah umur 3 bulan ni Ismeth selalu terbalik kan diri nya.. nak berteriap ler tue.. dan akhirnya sekarang ismeth dah berjaya bertiarap!! dah dapat angkat kepala dia.. tapi tgn masih tersepit kat badan dia!!
Cute nya.. Best sgt tengok perkembangan Ismeth..dari tangan berbedung sekarang dah bertiarap.. syukur alhamdulilah..
Lilypie First Birthday tickers
 
Copyright 2009 Blog untuk Ismeth... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree