Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha


Salam pd semua pengunjung Blog untuk Ismeth..ermmmm mamaismeth nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam didunia ni tak kiralah dimana anda berada ketika ini. Mamaismeth juga mohon ampun dan maaf sekiranya selama mamaismeth baru berjinak jinak dgn dunia blog ni ada tutur kata mamaismeth disini yang menguris hati sesiapa.
Ni 1st time raya aidiladha buat Ismet..tp kat rmh ni x ada buat apa pun, mkn sikit2 jer..x semeriah raya aidilfitri..lagipun mungkin dah jadi kebiasaan sambutan raya ailadha tak di sambut semeriah aidilfitri...
Tp bila dengar takbir di pagi raya tu terasa juga hiba di hati, mana tak nya hari tu raya aidilfitri mama ismeth sambut bersama ismet jer, tanpa papa ismeth di sisi.. dah la time tu ismet baru berusia 4 hari..skrg ni raya aidiladha pun sama.. masih jg sambut sendiri.. wawawa.. dan yg paling sedihnya tu masa mama ismet lahirkan ismet pun mama sorang diri jer..sian sgt dgn ismet..dah usia 4 hari baru ismet dpt tengok & jumpa papa ismet.. sian sgt.. papa ismet pulang tghari 1 syawal.. tahun ni nampak nya papa ismet bertakbir & sembahyang raya dlm kapal terbang ler, mesti dia pun tahan sebak & sedih dlm kapal terbang..sian jugak dgn papa ismet.. tp x apa ler.. dugaan kecil jer tue, tak setanding dgn anugerah yg tuhan dah berikan pd kita,Syukur pd tuhan Ismeth dah pun selamat di lahirkan, aku betul2 tak sangka aku dah bergelar mama.. sungguh indah rasanya hidup bila dah bergelar mama ni..

Wednesday, November 25, 2009

Mendidik anak dalam tidurnya


MENDIDIK ANAK DALAM TIDURNYA

Mama rasa ada baiknya mama berkongsi info yg mama baru dapat ni, elok untuk diamalkan..Mama jumpa information ni kat dlm blog seorang mama juga,supaya dpt kongsi dgn mama2 yg lain mama copy & paste kat blog mama ni,..boleh lah yer?? hehe..

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari pengirim email:


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.


2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali


3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.


4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Cubalah petua itu dan insya Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri
Selamat mencuba.

Rasanya boleh cuba nie.. hehe..
GAMBAR KAT ATAS:Ismet tidur sambil matanya bergerak gerak..
unlistedone.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Kisah Ismeth Ar Ryan

Semalam lepas pulang dr klinik, x sempat pulak update blog ismet nie.. penat sgt.. d klinik ismet kena jarum.. ismet nanggis sekejap jer..lepas kena jarum tu terus mama ismet bagi ismet nenen.. apa lagi ismet, dah kena bagi nenen terus tak nak lepas.. nasib baik ismet tak demam, mlm tadik mama ismet risau jugak, sebab biasanya baby lepas kena jarum mesti demam.. maybe sebab ismet dah demam awal, sebab tu x demam lg.

Last month, masa ismet umur 26 hari ismet kena demam panas, sampai 3 kali pergi klinik + hospital, panas badan ismet tak juga surut, sampai mencecah 40 darjah.. 3 hari berturut turut ismet demam, lastly bwk kat wad emergency terus kena tahan, masuk wad. 6 hari ismet kat hospital, habis badan ismet kena cucuk sana sini,ambik darah+ masuk air + antibiotik.. kesian tengok ismet.. mula2 ismet kena cucuk tu, mama rasa mcm nak pengsan jer.. x sanggup tengok badan sekecil tu di cucuk dengan pelbagai jenis jarum.. nasib baik ada nenek ismet.. nenek ismet yg tolong pegang ismet.. dah la ismet nanggis tak henti2..

Mlm pertama di hospital, mama ismet mintak nenek ismet temankan mama tidur d hospital, nasib baik nurse tu tak kisah.. tp kat hospital mama & nenek ismet bukan nya tidur pun.. siapa2 yg ada kat keliling ismet time tu pun gerenti x dpt tidur, apa tak nya ismet menanggis tak henti.. bukan mlm tu jer, tp memang dr rmh lg ismet nanggis tak henti, mama ismet, nenek ismet & org2 kat rmh dah 2 mlm x nyenyak tidur d sebabkan tangisan ismet yg tak henti..


Second day d hospital, keadaan ismet masih sama, masih menanggis tak henti, tp kali ni tangisan nya tak sekuat hari2 yg lepas.. suaranya dah serak, apa tak nya dah 3 hari menanggis tak henti.. hari ni dah kira hari ke 4 ismet demam & nanggis tak henti.. syukurlah,lebih kurang pukul 9 malam, ada sikit perubahan pd ismet.. tangisan nya dah kurang sikit.. panas badan nya pun dah kurang, dah turun ke 38 darjah celcius.. walaupun masih d tahap panas,tp tak la seteruk semalm.. hati mama rasa lega betul.. memandangkan keadaan ismet dah beransur reda, mlm tu mama sorang diri jer jaga ismet.. ismet pun dah makin ok.. sekejap sekejap jer dia nangis.. dia pun dah boleh tidur, tak mcm mlm-mlm yg lepas, tak henti nanggis,tidur pun tak sampai 5 minit confirm bangun lg & menanggis lg..


Hari ke 3 di hospital, mama ingat ismet dah boleh keluar dr hospital,tp lain pulak jadinya. Tiba2 suhu bdn ismet naik ke 39 darjah celcius.. every hour nurse cek suhu bdn ismet dan yg mengherankan suhu badan ismet sekejap turun,sekejap naik.. pelik.. mama jadi kelam kabut.. kali ni ismet tak menanggis, tp ismet mengerang ngerang mcm hari pertama ismet kena demam hari tu..

Mula2 ismet demam hari tu,ismet tidur mengerang ngerang,jam 4 pagi mama bangun dr tidur coz terkejut dengar bunyi ismet mengerang,mula2 tu slow jer..cute jer bunyi nyer.. belum pernah mama tengok baby mengerang mcm tu,mama pun apa lg,siap rekod dlm henfon lg, jam 5 pagi ismet terjaga,menanggis.. mama pun bagi nenen,tp ismet x nak.. nanggis & mengerang ngerang pulak.. mama jadi heran.. pelik.. mama rasa mcm something wrong jer.. tiba2 perasaan mama lain mcm jer.. mama pun panggil nenek ismet.. nenek terkejut tengok ismet.. ismet makin kuat mengerang.. terus mama bwk ismet pg klinik.. kat klinik doc ckp ismet kena demam panas, doc bagi paracetamol, tp dia suruh mama bagi ikut sukatan dos rendah jer, coz ismet baru 26 hari, x ada ubat utk baby sekecil ismet..Tp bila dah pulang rmh badan ismet makin panas,mengerang pun makin kuat.. mama bwk lg ismet pg klinik, kali ni doc ambik darah ismet & x ray dada ismet.. syukur x ada apa2.. doc ckp semua ok.. mengerang tu mungkin sebab ismet x tahan,terlalu panas.. pulang rmh mcm ada ok sikit, tp ok dia x lama.. sepanjang hari sampai ke mlm hari dia nanggis dan mengerang.. diam waktu tidur jer, tp tidur pun tak lama.. ke esok kan hari nya pun masih sama, sampai kan nenek ismet panggil ustaz utk buat air penawar tp x juga ada apa2 kesan, dah mlm hari, tagisan ismet makin kuat, mama pun bwk ismet pg hospital, kat wad emergency, kat sana dorang bagi ismet ubat masuk kat bwh ismet,tp tu pun dlm dos yg paling rendah, coz ismet terlalu baby lg.. dah masuk ubat tu,ismet masih jg nanggis, mama,nenek,tok wan & semua kat rumah semua panik,2 mlm x tidur lena,jaga ismet.. ke esok kan hari, ismet masih x ada perubahan, mama pun bwk lg ismet ke wad emergency, terus ismet kena tahan..

Hari ke 4 di hospital, pukul 6 pagi nurse cek suhu badan ismet, lega hati mama coz panas ismet dah turun & suhu bdn nya dah stabil..syukur.. ismet x demam lg,dan yg mengembirakan mama ismet pun dah mula & pandai senyum.. nurse2 yg jaga ismet pun turut rasa lega.. nasib baik la nurse yg jaga ismet baik2 belaka.. mama rasa sgt berterima kasih pd mereka..

Hari ke 5 di hospital, ismet dah normal,mcm biasa.. malah lebih sihat & aktif dr sebelum ni.. dah pandai senyum, tapi yg kesian nya, suara dia pulak tak ada.. jadi serak.. kalah penyayi rock ella tu.. apa tak nya, dah berapa hari naggis x henti.. suara pun dah hilang.. sian ismet..
Hari ni mama ingat dah boleh kuar hospital dah, tp rupa2nya masih jg x boleh.. coz doktor ckp antibiotik ismet kena habiskan dlm masa 6 hari, so terpaksa tunggu esok hari baru boleh keluar.. nampak nya mama & ismet terpaksa bermlm satu mlm lg kat hospital.. tp x apa la, biar bermlm 10 mlm pun mama sanggup, yg penting asalkan ismet sihat wal afiat...

Ke esok kan harinya, genap la 6 hari mama & ismet bermlm di hospital, lega rasanya bila nurse bukak hos yg bersambung + tercucuk kat tgn ismet tu.. habis biru tgn ismet.. sian sungguh.. tp x apa la.. ismet dah sihat dah pun.. mlm ni dah boleh tidur kat rmh dah.. syukur alhamdulilah...mama betul2 bersyukur pd tuhan yg maha kuasa.. terasa begitu besar kuasa tuhan..
Insiden ni memang betul2 memberikan mama pengalaman dan pengajaran yg berharga buat mama.. Mama berdoa pada tuhan mudah2an tuhan berikan kebahagiaan & kesihatan yg baik,mudah2an mama dpt menjaga ismet dgn baik dan dpt melaksanakan tanggungjwb mama utk membesar & mendidik ismet utk menjadi org yg berguna..
amin..

Monday, November 23, 2009

Good Morning..


Good morning.. ni first posting mama ismeth di pagi hari.. hari nie ismeth bangun lewat sikit.. selalunya sebelum jam 6 pagi ismeth dah bangun, tp pagi tadi jam 6.10 baru ismeth terjaga.. tu pun sebab terkejut dengar bunyi "Babu Yati" bersiap nak pergi exam STPM.. First day and paper first dia.. Mudah mudahan "Babu Yati" dpt jawab dengan lancar.. Amin..
Mlm tadi ismeth tidur awal,pukul 9 dah tidur, pastu pukul 12 tgh mlm bangun kejap untuk nenen..tp mama x larat nak bangun,mama bagi ismeth nenen sambil baring jer.. ismeth nenen sampai tertidur.. pastu pukul 3 pagi ismeth terjaga lg..sebelum ismet nanggis, mama terus bagi nenen, tp kejap jak ismeth nenen terus tertidur.. Ismet tidur nyeyak.. Jam 6.10 pagi baru ismet terjaga.. bangun & terus main... klu time bangun pagi begini,ismet tak nak nenen sgt,nenen sikit jer.. ismet nak org layan dia.. ismet suka di sergah & d bawak bercerita.. cerita & ckp jer apa2,cerita sedih ker lawak ker, mesti dia ketawa punya!!
ok la, rasanya sampai sini dulu.. hari nie ismet ada apoinment kat klinik ibu & anak.. monthly apoinment.. kira apoinment sempena dia dah genap 2 bulan.. k.. pas ni kita tunggu apa cerita ismet kat klinik nanti..k

Sunday, November 22, 2009

Dah ada Blog..

Alhamdulilah..akhirnya mama ismeth dah berjaya buat blog sendiri.. blog untuk permata hati mama, ismeth.. sebelum nie mama ismeth memang dah ada blog tp blog untuk bisnes jer,tu pun adik mama ismeth yg tolong create kan.. tp lepas dia create blog tu,mama ismeth x pernah update pun.. coz bukan mama ismeth sendiri yg buat blog tu lgpun sebelum ni mama ismeth memang tak tau langsung cara cara nak buat blog ni.. tak tau bukan sebab tak pandai, tp malas nak belajar.. hehe.. actually sebelum ni mama ismeth ikut husband duduk kat tempat yg x ada line internet, klu nak surf internet terpaksa pergi town.. tu yg malas tu.. akibatnya selama tu la mama ismeth x surf internet.. skrg ni mama ismeth dah balik rumah parents, so memang 24 hours boleh surfing, tp dah balik sini, masa pulak tak ada... bz jer memanjang.. bz bukan apa.. sebenarnya mama ismeth baru jer selamat bersalin.. apa tak bz nya,bersalin anak pertama buat mama ismeth dan dia juga cucu pertama buat mak and ayah mama ismeth..syukur alhamdulilah semuanya selamat,ini lah experience yg terlalu berharga buat mama ismeth.. skrg mama dah abis pantang,hari ni ismeth pun dah masuk 2 bulan 5 hari.. syukur alhamdulilah..
*GAMBAR DI ATAS: Umur Ismeth baru masuk 3 hari, doktor ckp ismet ada 'kuning' sikit.. sikit jer, x la sampai tahap membahayakan.. x sampai 1 week dah hilang kuning dia.. syukur lah.. petua org tua, klu kena kuning, bedung pakai towel kaler merah.. insyaallah kuning dia cepat turun..
 
Copyright 2009 Blog untuk Ismeth... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree